Saturday, July 30, 2011

SELAMAT DATANG


    Apa saja keperluan perancangan majlis (event planning), pengurusan majlis (event management), majlis pemasaran atau pelancaran (launching or marketing event), pengurusan persidangan atau mesyuarat (conference or meeting planning) dan pelbagai lagi, “Triple Sound Entertainment”, syarikat pembekal pengurusan majlis hak milik Bumiputera sepenuhnya yang telah diiktiraf oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan adalah pilihan terbaik. Dengan pasukan kru yang profesional dan kelengkapan peralatan yang canggih, kami adalah sumber platform hiburan utama yang menjadi buruan.

    Dalam menganjurkan satu acara korporat yang kecil mahupun besar, perancangan yang teliti dan teratur adalah amat penting dalam memastikan kejayaan sesebuah acara, maka disitulah wujudnya kami, “Triple Sound Entertainment”. Kami membantu menjadikan acara impian anda sebuah acara yang gemilang dan pasti meninggalkan kesan indah dan keterujaan yang mendalam kepada semua yang terlibat di dalam acara tersebut dari mula hingga akhirnya.

     “Triple Sound Entertainment”, yang dtubuhkan sejak tahun 2006 mempunyai reputasinya yang tersendiri dalam mengambilalih pelbagai kerumitan dan kebimbangan dalam mengatur dan menguruskan pelbagai acara korporat dan individu. Kami menawarkan perkhidmatan yang unggul dengan memaksimakan tumpuan sepenuhnya dalam memastikan bahawa semua keperluan anda dapat dipenuhi dan pesanan anda kepada penonton sasaran mencapai matlamatnya.

    Berlatarbelakangkan pengalaman dan pengetahuan kami yang terperinci dan meluas,  kami bersedia menawarkan khidmat nasihat (consultation) kepada anda dalam membuat pemilihan tempat (venue) yang terbaik, yang menawarkan pelbagai infrastruktur serta mempunyai 1001 idea dalam mencadangkan tema (theme) untuk acara yang istimewa. Pasukan kami sentiasa didalam mood teruja dan ghairah dalam menerokai kepelbagaian acara. Kami sentiasa berusaha untuk menyuntik semangat profesionalisme, pengalaman dan keseronokan ke dalam semua acara-acara kami, yang akan memberi manfaat kepada pelanggaan.

     Di “Triple Sound Entertainment”, kami mewujudkan satu suasana yang memberi inspirasi kepada tetamu atau penonton jemputan anda. Kami membantu syarikat-syarikat  utama meningkatkan prestasi jualan dan membina jenama (branding) dengan mewujudkan sebuah acara yang mampu memberikan tetamu sebuah pengalaman interaktif yang mampu  mendidik, memukau dan pada masa yang sama menghiburkan dan sekaligus meninggalkan memori yang indah pada imej syarikat anda.

   Jadi, hubungi kami segera untuk mendapatkan khidmat rundingan yang mesra dan professional, dan kami memberikan jaminan kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.